Kisah

Friday, November 28, 2008

Bijak pandai mengatur kata,cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal selama-
lamanya..benarkah?sekian lama menyemai kasih,keakraban yang terjalin dimeterai dengan ikatan..Andai
diibaratkan tinggi bintang di langit,tinggi lagi impian dihati,sungguh..cinta bukan sandiwara untuk dijadikan
lakonan dipentas,tiada apa yang bisa menjadi galang ganti,Tetapi entah dimana silap,bahtera kasih mula dilanda badai,satu demi satu rahsia terbongkar,ribut melanda,taufan bergelora,tembelang pecah,retak menanti belah,konflik demi konflik mencabar kesetiaan..Tambahan rumit,lantaran seorang pemarah,seorang periang..
Saat itu dunia bagaikan mahu runtuh,langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak,sekian lama bersabar akhirnya nekad..nekad mencari kebahagian yang hilang kerana kesakitan,mengembalikan harga diri diatas kesetian yang didustai,mungkin salahnya sendiri terlalu alpa hinggakan kepecayaannya dikianati dan akhirnya dirinya terluka sendiri..Biarpun begitu,atas nama kasih..sengketa ini bukan penamat kisah yang sempurna disebaliknya,gelora cinta baru saja bermula..Dan di saat inilah tedetik dihati,pesanan orang tua sememangnya wajar dipertimbangkan..Sebelum mengangguk sudi menerima kehadiran seseorang 'lelaki' dalam hidup kita,sematkan dihati bahawa percintaan itu ibarat percaturan,terlalu banyak rintangan yang tidak disangka akan terjadi!








0 comments: